Lama xmenulis kat sini... selama bertahun² mcm² dah jadi... alhamdulillah hati masih kuat dan mampu bertahan.. ujian bertunang putus, ujian mencintai seseorg tapi berbagai halangan tapi alhamdulillah selesai cuma xseperti dulu.. terpaksa pendam segala persoalan terpaksa telan segala rasa.. xmampu nak luahkan sbb takut akan kehilangan kali ke2.. jadi di sini lah aku akan luahkan..
aku mengenalinya tahun 2014 masa tu dia anggota Jpam dan mula menyayanginya kerana dirinya bkn kerana rupa bkn kerana harta.. aku menyayanginya kerana kesungguhannya dlm apa juga yg dia buat.. aku sgt² syg pdnya.. aku sgt bahagia bila bersama dgnnya.. dia mnjaga aku dgn sgt baik..
7.11.2016 bermulanya aku berjauhan dgnnya.. tekanan mula terasa.. menyesuaikan diri di tempat baru, menyesuaikan diri dgn suasana baru, tekanan dr sekeliling yg bertanya isu perkahwinan... yg kenen²kn sana sini.. semua jadi tekanan dlm hati ku yg hanya aku yg tau.. smpi la aku mula di timpa berbagai masalah.. ya aku mengaku aku trsilap lngkah dlm menguruskan masalah dan tekanan ku.. aku kehilangannya buat kali pertama..
sedih sgt sedih.. aku mula melalui hari² tanpa dirinya.. bkn mudah utk aku terima tp aku cuma rasa itu yg trbaik spy xmnyakitinya trlalu lama.. aku mula jd sprti bkn diriku.. selalu trmenung selalu brdiam diri selalu mengabaikan mkn dan menangis stiap kali berseorangan trmasuklah ketika memandu.. kehilangannya mmg terasa.. walaupun dia mula menjauh tp aku tetap mngharapkan yg 1 hri nnt aku akan bersama dgnnya sehingga keakhirnya..
bulan mei 2017 aku mula bebas.. aku rasa masalah ku selesai dgn baik dan lembut.. aku xpernah lost contact dgnnya kecuali ketika dia block whatsapp dan fb.. aku cuba mndekatkan diri dgn dirinya ternyata dia dah pun membawa diri dan punya kawan² wanita lain yg menyayanginya.. aku sedih mmg sedih.. aku cuba memujuk tapi sgt sukar di sebabkan aku berjauhan dgnnya.. dia semakin rapat dgn kawan² wanita nya yg membuatkan aku cemburu..
13 sept 2017 aku pergi ke sana dgn harapan yg besar.. tapi dalam hati aku tetap risau takut kehadiranku tidak diterima.. tapi alhamdulillah nampak dia menerima dgn baik.. aku tetap cemburu dgn kawan² nya kerana ketika aku di sana pun dia masih meluangkan masa brsama kawan²nya dari diriku.. ya mmg aku menangis lg.. 16 sept bru aku benar² dpt meluangkan masa bersamanya dan berbincang dari hati ke hati yg akhirnya membawa kami berhubungan semula.. aku sgt gembira walau dia tetap mengaku yg dia single tapi sekurang²nya aku tau masih ada tmpat utk aku di dlm hatinya.. sejujurnya xmau dia masih mengaku single sbbkan kawan² wanita nya yg mengharap padanya tapi aku diamkan sahaja..
sept 2017 jgklah kami berbincang utk mengikat pertunangan pada awal tahun 2018 nnt in sha Allah semoga dipermudahkan.. in sha Allah jgk selepas itu tiada lg nama wanita² yg aku cemburui mengganggu dia.. aku mendoakan semoga wanita² tersebut di jodohkan dgn llaki lain yg menyayangi mereka sepenuh hati.. apa pun sehingga ke saat ini aku masih takut dan cemburu pada wanita² yg cuba mencuri dia dari ku.. kadang aku mau mesej direct dgnnya dan memintanya utk tidak menjadi yg ketiga dlm hidup kami.. tapi aku takut perbuatanku akan menyebabkan aku kehilangan dia sekali lg.. cukup lah sekali aku sengsara kehilangan dia..
aku hanya mampu berdoa semoga mereka² dijauhkan dari hatinya dan hatinya masih utkku.. aamiin..