F[y]Za Z[a]Za iN Da B[L]oG


Khamis, 31 Disember 2009
Sebelum terlambat fyza zaza nak ucapkan....

A new year
A new start
A new chapter
A new beginning

Forget the BAD
Cherish the GOOD

Happy new year 2010!!


Semoga tahun baru ni kita dapat berubah menjadi lebih baik dari tahun 2009..

Posted by F[y]Za Z[a]Za iN da BLog at 6:18 PTG |
2009...
Macam2 yang aku alami sepanjang 2009 ni.. ada yang seronok ada jugak yang sedih.. tapi tak banyak yang aku boleh ingat.. yang sedih mungkin masa aku terasa dipergunakan dan terasa macam kuli bila aku di semester akhir di sebuah politeknik.. masa tu aku kena buat projek untuk semester akhir tu..



yang sedih nyer mula2 dia nampak macam bersimpati dengan masalah aku yang selalu jadi mangsa n dia pun selalu cerita kisah2 dia macam dia pun mangsa dipergunakan.. mula2 memang aku percaya sebab walaupun dah lima semester kelas sama ngann dia tapi aku tak berapa kenal ngan dia n tak juga bertego sapa.. cuma waktu semester lima aku ditakdirkan sebilik ngan dia kat hostel.. yang aku terasa dipergunakan tu bermula masa aku buat proposal projek aku, memang mula2 kami berbincang tapi cuma separuh jalan.. sebab kesian kat dia yang ada tugasan lain aku pun dengan rela hati siapkan keseluruhan proposal itu.. tapi dengan niat yang macam tu akhirnya aku dituduh oleh pensyarah kononnya aku tak buat keje, cuma serahkan keje kat partner aku.. aku memang terkejut.. aku nafikan tapi pensyarahku tak percaya.. budak tu? dia diamkan diri macam bersetuju ngan tuduhan pensyarah tu.. aku marah sangat.. start dari tu aku mula jauh hati ngan partner tu.. aku suka wat keje sorang2 n akhirnya aku berjaya..



selain dari tu dalam tahun ni jugak bermacam2 yang berlaku antara aku dan 'F'.. 'F' ni dulu teman aku.. hujung2 semester akhir aku mula menjauhkan diri dari dia.. lepas aku habis belajar aku pegi kursus prestariang.. kat sana aku kenal ramai kawan2 baru.. hidup aku mula berubah.. tapi masa tu ada gak benda yang sedih bila aku gagal dua2 exam kat sana.. memang sedih sangat.. kawan2 aku yang ada time tu pujuk aku ngan beli coklat bar yang besar.. dua2 exam dapat coklat walaupun gagal.. pasal aku ngan 'F' kami dah jadi kawan biasa jer..



habis belajar aku dapat keje kat sana macam aku belajar n macam2 jenis orang aku dah jumpa.. tapi aku seronok.. aku dah mula belajar betapa susahnya nak dapatkan duit yang selama ni aku bazirkan jer kat benda2 yang tak berfaedah.. aku pun da mula berani nak berkomunikasi ngan orang ramai..
ermm.. apa lagi yang aku boleh ingat,, pape pun aku bahagia sekarang ngan hidup aku yang baru.. tahun baru ni aku terpaksa sambut kat shell jer.. almaklumlah hujung tahun kena kira stock barang2 kedai.. kul8.30 nanti aku kesana.. aku berhasrat nak tulis pasal tahun baru lak malam nanti.. harap2 dapatlah peluang tu..
nampaknya ini je lah serba sedikit coretan yang dapat aku tuliskan tentang peristiwa2 2009 yang aku alami.. sekian...

Label:


Posted by F[y]Za Z[a]Za iN da BLog at 3:53 PTG |